CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 2, 2009

revolusi proton waja


kereta proton waja mempunyai bentuk badan yang agak tegap dan besar jika dibandingkan dengan model kereta proton yang lain. Reka bentuknya yang sebegitu sering sekali menjadi pilihan orang untuk mengubahnya. Pada tahun 2008 mitsubishi lancer evolution X telah dilancarkan. Pelbagai implikasi dan cubaan untuk mengubah reka bentuk seperti kereta tersebut. Akhirnya pada tahun ini model kereta waja telah berjaya diubahsuai seperti Lancer evolution X. Reka bentuknya seakan dan menjadi gilaan bagi peminat kereta mitsubishi lancer evolution X. Pada pertama kali saya lihat awal tahun ini, kawan saya berkerja di Petronas Tebrau Johor mms kepada saya gambar yang dia tangkap semasa dia berkerja. Saya agak terkejut bila melihatnya kerana hampir 95.5% sempurna. Tapi kita tahu bentuk belakang kereta waja agak susah untuk diubah suai. Jadi hanya bentuk dihadapan sahaja dapat diubahsuai. Bagi pembaca majalah kereta On The Road pasti terjumpa iklan untuk pengubahsuian reka bentuk kereta untuk proton waja seperti Evo X. Persoalaanya adakah reka bentuk kereta tersebut lepas daripada pihak berkuasa JPJ Malaysia? setakat ini saya tiada jawapan dan maklumat untuk soalan tersebut. Oleh demikian jika sesiapa ada maklumat bolehlah sumbangkan di blog ini.

0 comments: