CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 13, 2009

revolusi perodua kancil (model baru)


Post yang terbaru kali ini masih lagi menyentuh kereta perodua kancil. Beza kali ini saya cuba menerangkan secara spesifikasi tentang kereta yang telah diubahsuai tersebut. Kereta perodua kancil sebelah ini merupakan model kancil yang terbaru. Jika anda lihat pada gambar tersebut perubahan yang dilakukan amat ketara sama sekali. Tiada bumbung dan kereta tersebut telah direvolusi menjadi kereta yang mempunyai dua pintu sahaja. Sangat menakjubkan kerana pengubahsuaian yang amat bersih sekali dan cantik. "Body" kereta tersebut telah ditambah dengan side skirting yang lanjur ke bahagian lengkungan tayar hingga ke bumper belakang dan hadapan. Boleh dikatakan satu set body kit yang direka khas untuk kereta kancil ini. Kereta ini masih mengekalkan elemen kereta kancil lagi seperti lampu belakang masih yang sama cuma di tinted sahaja dan bonet belakang masih sama. Sport rim dan ekzos kereta tersebut telah ditukar. Rim kemungkinan size 15 dan jenis rim dan warna yang dikenakan amat sesuai sekali dengan keretanya. Stereng kereta juga telah ditukar seperti stereng momo. Ulasan tentang kereta ini tidak begitu dalam sekali. Gambar kereta tersebut saya jumpa ketika mencari sumber untuk blog ini. Bagi sesiapa yang ingin menambah lagi atau sebarang cadangan boleh lah komen di blog ini.

Monday, June 8, 2009

update profile di chatbox

kepada semua yang melawat di blog saya, anda semua boleh update profile seperti upload picture anda di dalam chatbox blog ini. Anda semua boleh berbuat demikian dengan daftar di




*klik di sini*

selepas daftar di dalam web site ini anda boleh chat dengan picture anda di sebelah

selamat mencuba

Wednesday, June 3, 2009

revolusi perodua kancil


Perodua kancil merupakan kereta yang paling kecil dibandingkan dengan model perodua yang lain. Bentuk badan kereta tersebut yang kecil mirip sekali dengan daihatsu mira. Sentuh sejarah keretanya, kereta ini dilancarkan pada tahun 1994 di Kuala Lumpur. Dengan pelancaran kereta tersebut kerajaan kita mengharapkan kejayaan dalam pasaran tempatan kita seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Fokus utama kerajaan ialah semua pengguna mampu memiliki kereta tersebut setiap sebuah keluarga kerana kosnya paling murah dibandingkan dengan kereta lain di Malaysia. Semasa saya mencari-cari sumber untuk blog ini saya terjumpa kereta Perodua Kancil yang telah direvolusi menjadi AE86. Saya rasa agak kagum kerana jarang sekali dapat melihatnya. Kereta Toyota Levin AE86 merupakan kereta impian para drifter. Mungkin pengaruh cerita Initial D sangat meluas di seluruh dunia. Saya sendiri sangat meminati cerita Initial D dari episode yang pertama sehingga Project D stage 4 episode 24. Bagi saya animasi jepun tersebut sangat menarik dan dasyat. Sekarang tahap pengubahsuai kereta di Malaysia berada di tahap yang tinggi kerana memiliki teknologi dan pemakaran yang hampir dengan negara luar. Setiap hari saya dapat melihat banyak kereta-kereta yang telah diubahsuai di atas jalan raya yang semakin hari semakin hebat reka bentuknya.

Tuesday, June 2, 2009

revolusi proton waja


kereta proton waja mempunyai bentuk badan yang agak tegap dan besar jika dibandingkan dengan model kereta proton yang lain. Reka bentuknya yang sebegitu sering sekali menjadi pilihan orang untuk mengubahnya. Pada tahun 2008 mitsubishi lancer evolution X telah dilancarkan. Pelbagai implikasi dan cubaan untuk mengubah reka bentuk seperti kereta tersebut. Akhirnya pada tahun ini model kereta waja telah berjaya diubahsuai seperti Lancer evolution X. Reka bentuknya seakan dan menjadi gilaan bagi peminat kereta mitsubishi lancer evolution X. Pada pertama kali saya lihat awal tahun ini, kawan saya berkerja di Petronas Tebrau Johor mms kepada saya gambar yang dia tangkap semasa dia berkerja. Saya agak terkejut bila melihatnya kerana hampir 95.5% sempurna. Tapi kita tahu bentuk belakang kereta waja agak susah untuk diubah suai. Jadi hanya bentuk dihadapan sahaja dapat diubahsuai. Bagi pembaca majalah kereta On The Road pasti terjumpa iklan untuk pengubahsuian reka bentuk kereta untuk proton waja seperti Evo X. Persoalaanya adakah reka bentuk kereta tersebut lepas daripada pihak berkuasa JPJ Malaysia? setakat ini saya tiada jawapan dan maklumat untuk soalan tersebut. Oleh demikian jika sesiapa ada maklumat bolehlah sumbangkan di blog ini.

Friday, May 29, 2009

revolusi kereta perodua

revolusi kereta proton

Wednesday, May 27, 2009

sokonglah buatan malaysia bersama










sokonglah barangan buatan malaysia sebagai tanda sokongan kita terhadap negara kita

Pada masa sekarang sara kos sara diri semakin meningkat dan kadar pemesatan ekonomi negara kita juga telah berkembang maju sepanjang tahun. Kira-kira purata pada setiap hari jumlah bagi kereta baru di jalan raya tidak kira baru beli atau "second hand" semakin meningkat menunjukan masyarakat kita sudah mampu memiliki kereta. Namun demikian negara kita mampu mengeluarkan kereta jenama negara yang boleh menembus pasaran dunia.Ini semua hasil daripada dasar-dasar negara kita yang di atur oleh pemimpin kita pada masa dahulu seperti Dasar Perindustrian Berat di mana menumpu segala pembuatan di dalam negara kita dan mengurangkan pergantungan daripada pihak luar. Hasilnya wujudlah PROTON , PERODUA dan sebagainya. Kini negara kita semakin maju dan pelbagai model kereta telah keluar seperti proton waja, proton wira, iswara, saga baru BLM, perodua kancil, viva myvi dan lain-lain. Daripada penglihatan saya kini masyarakat kita juga telah meningkat maju dengan teknologi dan kepakaran yang hebat mampu mengubah bentuk kereta atau "modified " dengan begitu menakjub. Oleh demikian wujudlah blog saya ini untuk mentengahkan pengubahsuaian kereta-kereta jenama negara kita sebagai REVOLUSI OTOMATIF