CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 3, 2009

revolusi perodua kancil


Perodua kancil merupakan kereta yang paling kecil dibandingkan dengan model perodua yang lain. Bentuk badan kereta tersebut yang kecil mirip sekali dengan daihatsu mira. Sentuh sejarah keretanya, kereta ini dilancarkan pada tahun 1994 di Kuala Lumpur. Dengan pelancaran kereta tersebut kerajaan kita mengharapkan kejayaan dalam pasaran tempatan kita seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Fokus utama kerajaan ialah semua pengguna mampu memiliki kereta tersebut setiap sebuah keluarga kerana kosnya paling murah dibandingkan dengan kereta lain di Malaysia. Semasa saya mencari-cari sumber untuk blog ini saya terjumpa kereta Perodua Kancil yang telah direvolusi menjadi AE86. Saya rasa agak kagum kerana jarang sekali dapat melihatnya. Kereta Toyota Levin AE86 merupakan kereta impian para drifter. Mungkin pengaruh cerita Initial D sangat meluas di seluruh dunia. Saya sendiri sangat meminati cerita Initial D dari episode yang pertama sehingga Project D stage 4 episode 24. Bagi saya animasi jepun tersebut sangat menarik dan dasyat. Sekarang tahap pengubahsuai kereta di Malaysia berada di tahap yang tinggi kerana memiliki teknologi dan pemakaran yang hampir dengan negara luar. Setiap hari saya dapat melihat banyak kereta-kereta yang telah diubahsuai di atas jalan raya yang semakin hari semakin hebat reka bentuknya.

0 comments: