CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 13, 2009

revolusi perodua kancil (model baru)


Post yang terbaru kali ini masih lagi menyentuh kereta perodua kancil. Beza kali ini saya cuba menerangkan secara spesifikasi tentang kereta yang telah diubahsuai tersebut. Kereta perodua kancil sebelah ini merupakan model kancil yang terbaru. Jika anda lihat pada gambar tersebut perubahan yang dilakukan amat ketara sama sekali. Tiada bumbung dan kereta tersebut telah direvolusi menjadi kereta yang mempunyai dua pintu sahaja. Sangat menakjubkan kerana pengubahsuaian yang amat bersih sekali dan cantik. "Body" kereta tersebut telah ditambah dengan side skirting yang lanjur ke bahagian lengkungan tayar hingga ke bumper belakang dan hadapan. Boleh dikatakan satu set body kit yang direka khas untuk kereta kancil ini. Kereta ini masih mengekalkan elemen kereta kancil lagi seperti lampu belakang masih yang sama cuma di tinted sahaja dan bonet belakang masih sama. Sport rim dan ekzos kereta tersebut telah ditukar. Rim kemungkinan size 15 dan jenis rim dan warna yang dikenakan amat sesuai sekali dengan keretanya. Stereng kereta juga telah ditukar seperti stereng momo. Ulasan tentang kereta ini tidak begitu dalam sekali. Gambar kereta tersebut saya jumpa ketika mencari sumber untuk blog ini. Bagi sesiapa yang ingin menambah lagi atau sebarang cadangan boleh lah komen di blog ini.

0 comments: